Categories
NASIONAL

Azmin : KPN, saya tidak akan berdiam

Oleh: AFEEQA AFEERA

IPOH, 13 OGOS: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tidak akan berdiam diri terhadap salah laku pimpinan Umno meskipun menerima amaran daripada Ketua Polis Negara (KPN).

Beliau berkata ia berikutan krisis dalam negara yang semakin parah, antaranya insiden membabitkan penangkapan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sebelum ini (polis) tangkap kita semua, takde masalah tetapi baru-baru ini mereka tangkap pegawai SPRM, apa nak jadi?

“SPRM badan bebas yang jalankan siasatan, orang yang siasat ditangkap tetapi orang yang disiasat dibebaskan.

” Ini negara gila!” katanya pada Majlis Jamuan Aidilfitri dekat sini, malam tadi.

Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar turut memberi amaran kepada KPN supaya tidak bertindak sesuka hati kerana rakyat berhak tahu kebenarannya.

“Bila saya tegur, polis kata jangan ganggu dan kena tutup mulut, beritahu ketua kamu ini bukan negara bapa kamu.

“Kamu tidak boleh tutup mulut saya kerana rakyat ingin tahu mengapa SPRM ditekan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.