Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Rakyat mula turun ke lokasi

SHAH ALAM, 29 OGOS: Rakyat berbilang kaum mula membanjiri ibu negara untuk menyertai himpunan aman BERSIH 4.0 bagi menuntut pilihan raya dan pentadbiran kerajaan yang telus.

IMG-20150829-WA0024Sokongan orang ramai terhadap himpunan itu dapat dilihat apabila perkhidmatan komuter penuh dengan peserta yang ingin ke ibu negara sebagai tanda protes terhadap kepimpinan negara.

Kerajaan Persekutuan dilihat semakin menekan rakyat terutama nilai ringgit yang teruk menjunam, selain kesan ekonomi ekoran pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST), sejak April lalu.

Beberapa lokasi lain sekitar pusat membeli-belah Sogo, Pasar Seni dan Dataran Merdeka juga dilihat mula dibanjiri, bahkan himpunan itu djangka disertai kira-kira 50,000 peserta dan akan berlangsung sehingga 30 Ogos ini.

Kuala Lumpur juga dilihat beransur kuning dengan ketibaan peserta dari seluruh negara dua jam sebelum himpunan itu, bermula jam 2 petang ini.

Selangor Kini akan melaporkan perkembangan terkini himpunan berkenaan dari semasa ke semasa sepanjang dua hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.