Categories
BERITA UTAMA

Kapal layar sukan terpinggir

Oleh: AFIX REDZUAN

KAPAL layar adalah antara penyumbang kejayaan negara dalam sektor sukan dalam dan luar negara, malangnya ia sering dipandang sepi dan kemudahan yang disediakan juga terhad.

Tidak seperti bola sepak dan badminton yang saban tahun menerima tajaan besar dan menjadi rebutan syarikat penyiaran tempatan, kapal layar hanya diminati kelompok kecil yang gemarkan sukan air selain acara renang serta terjun.

Tiupan angin adalah ‘enjin’ penting untuk menggerakkan layar dan pastinya pesisir laut yang indah menjadi lokasi perlumbaan untuk sukan ini.

Acara kapal layar terbahagi kepada beberapa kategori iaitu optimis, laser, wind surfing, international 420 dan international 270.

REGATTA Perahu Layar 2015 Pulau Batu Laut (2)Kebiasaannya, bakat atlet sukan layar mula dicungkil seawal usia 8 tahun dan acara itu terus ditunjangi mereka yang berusia lebih 30 tahun ekoran minat yang mendalam.

Pada usia muda, bakal atlet akan menjalani beberapa ujian dan latihan kemahiran untuk berada berseorangan di tengah laut bagi mengendalikan layar supaya dapat bergerak dengan baik selain merasai pengalaman berdepan dektik sukar dalam keadaan cuaca buruk.

Skuad pelayaran Malaysia dilihat berjaya membuktikan kehebatan mereka dengan meraih tujuh pingat emas, lima perak dan dua gangsa dalam Sukan SEA ke-28 di Singapura yang berlangsung, Jun lalu.

Malaysia adalah negara yang berjaya melahirkan atlet hebat dalam sukan ini seperti Khairulnizam Mohd Afendy yang pernah beraksi pada Sukan Olimpik Musim Panas 2012 dan atlet wanita, Rufina Tan Hong Mui.

REGATTA Perahu Layar 2015 Pulau Batu Laut (6)Di Selangor, kawasan tumpuan bagi atlet kapal layar beraksi adalah di Pantai Batu Laut, Banting, bahkan lokasi sama turut menjadi tunjang kejohanan sukan berkenaan setiap tahun di negara ini.

Antara penganjur yang sering menjadikan sukan ini sebagai aktviti utama setiap tahun untuk diketengahkan kepada masyarakat di Malaysia adalah Persatuan Perahu Layar Selangor.

Terbaru, persatuan ini melaksanakan kejohanan Regatta Perahu Layar Regatta membabitkan 13 pasukan dari seluruh negara yang beraksi bagi mempamerkan gaya masing-masing dalam sukan kapal layar, pada 31 Julai hingga 1 Ogos lalu.

Namun, ketiadaan perkampungan sukan di kawasan Batu Laut menyukarkan persatuan ini mengumpulkan peserta secara berkelompok untuk satu kejohanan.

Kesulitan itu turut diluahkan Presiden Persatuan Perahu Layar Negeri Selangor, Abdul Aziz Abdullah ketika ditemui pada kejohanan baru-baru ini.

REGATTA Perahu Layar 2015 Pulau Batu Laut (ASRI)Kekangan sedia ada memaksa mereka berbelanja besar untuk menyediakan penginapan dan pengangkutan apabila ada pasukan berminat menyertai kejohanan di Pantai Batu Laut.

Selain itu, kekurangan kemudahan ini juga mengakibatkan beberapa atlet terpaksa berlatih di kawasan lain kerana mereka tidak boleh dikumpulkan secara berpusat.

Justeru, pihak yang terlibat seperti Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, Kerajaan Negeri serta badan yang berpotensi menjadi pengajur perlu bertindak segera bagi memastikan sukan kapal layar tidak terus dipandang enteng yang boleh mengakibatkan negara kehilangan permata dalam arena sukan tempatan dan antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.