Categories
SELANGOR

MB: JKR tak wajar pinggir Kerajaan Negeri

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 7 OGOS: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali terkilan tiada wakil diundang ketika penyerahan Hospital Shah Alam (HSA) kepada Kementerian Kesihatan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri tidak sepatutnya dipinggirkan memandangkan ia terletak di Selangor.

MB AzminBeliau berkata, Kerajaan Persekutuan harus bertindak profesional menjalinkan hubungan kerjasama yang baik dan mengetepikan soal perbezaan politik demi pembangunan masyarakat.

Walaubagaimanpun, katanya, Kerajaan Negeri tetap menyambut baik pembukaan HSA pada Oktober ini selepas tertangguh sejak 2011.

“Apa yang penting Kerajaan Negeri mengharapkan kemudahan hospital dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

“Saya berharap kemudahan itu dapat menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat terutama dalam bidang perubatan,” katanya dipetik Sinar Harian.

dr daroyahBagi Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata beliau tidak dimaklumkan, apatah lagi dijemput ke majlis pembukaan itu.

“Cara itu dibuat tidak kena seolah-olah Kerajaan Persekutuan sengaja meminggirkan Kerajaan Negeri.

“Saya cuma berharap tiada sebarang diskriminasi berlaku dari segi rawatan terhadap pesakit di Selangor dan bertindak secara profesional,” katanya.

Fadillah YusofSementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Yusof, berkata acara berkenaan hanya membabitkan penyerahan JKR kepada pelanggan mereka.

“Itu bukan perasmian baru penyerahan. Jadi, kita rasa tidak ada sebarang isu yang perlu dibangkitkan dan apabila acara perasmian nanti, jemputan adalah dari Kementerian Kesihatan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.