Categories
SELANGOR

Kejohanan karom rancakkan ekonomi Kuala Langat

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 21 OGOS: Wang tunai lebih RM4,000 menanti pemenang dalam Kejohanan Karom Terbuka Peringkat Kuala Langat 2015 yang berlangsung di Dewan Kompleks Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), pada 22 hingga 23 Ogos ini.

Dua kategori perseorangan dan beregu dipertandingkan bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

mohd azhar mohd ali mdklYang Dipertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali, berkata penganjuran sukan dalaman itu bertujuan mencungkil bakat muda selain mempromosi produk pelancongan dan sejarah di wilayah Kuala Langat.

“Dianggarkan lebih 150 peserta bagi dua kategori dipertandingkan bakal menyertai pertandingan kali ini.

“Kehadiran mereka dan orang awam lain ke Kuala Langat secara tidak langsung akan merancakkan lagi sektor ekonomi setempat serta produk pelancongan yang kita miliki seperti Pantai Morib dan Bukit Jugra,” katanya dalam kenyataan kepada Selangor Kini.

Yuran penyertaan bagi kategori perseorangan RM30, manakala RM60 bagi kategori beregu.

Wang tunai RM1,000 menanti johan perseorangan dan RM2,000 johan beregu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.