Categories
SELANGOR

Kerajaan Persekutuan tak patut kaut keuntungan serahan tanah

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 24 OGOS: Kerajaan Persekutuan dituntut untuk lebih bertanggungjawab ke atas tanah diserahkan oleh pemaju kepada mereka, kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Katanya, Kerajaan Persekutuan juga tidak sepatutnya menjual tanah yang diserahkan pemaju kepada mereka untuk kemudahan awam bagi tujuan lain.

yb iskandar 1“Kebenaran Merancang diluluskan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk projek pembangunan berskala besar mewajibkan pemaju menyerahkan tanah untuk dibina kemudahan awam seperti sekolah, klinik, Balai Polis, Balai Bomba dan lain-lain.

“Bagi kemudahan awam dibina Kerajaan Persekutuan, tanah itu diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Tetapi terdapat kes apabila tanah diserahkan tidak dibina dengan kemudahan awam sepatutnya,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Tanah Balai Polis Tak Jadi Seksyen 7Menurutnya, terdapat kes sebidang tanah di Seksyen 7, Shah Alam yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan Balai Polis pada asalnya dijual kepada syarikat swasta untuk pembangunan komersial iaitu projek pembangunan pangsapuri perkhidmatan.

“Walaupun tidak ada keperluan untuk membina Balai Polis tetapi ini tidak adil kepada pemaju yang menyerahkan tanah mereka untuk kemudahan awam.

“Kerajaan Persekutuan sepatutnya lebih bertanggungjawab dan tidak mengaut sebarang keuntungan dari sebarang serahan tanah,” katanya.

Mengelak kejadian seperti sama berulang, Iskandar berkata Kerajaan Negeri menetapkan sebarang tanah yang diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk kemudahan awam hanya boleh dibangunkan untuk tujuan asal ia diserahkan.

“Kerajaan Negeri juga akan mengawal kegunaan tanah yang diserahkan melalui Rancangan Tempatan yang menetapkan kegunaan tanah,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.