Categories
SELANGOR

MPK keluar 21 kompaun & 14 notis operasi kebersihan

NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 OGOS: Sebanyak 21 kompaun dan 14 notis membabitkan pelbagai kesalahan perniagaan dikeluarkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam operasi khas diadakan baru-baru ini.

Operasi diketuai Pengarah Jabatan Kesihatan MPK, Zulkifli Abbas dilakukan berdasarkan aduan awam yang peka terhadap isu berkaitan kebersihan pengusaha restoran dalam menjalankan perniagaan.

OPS BBT 4Ketua Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata selain daripada kompaun kebersihan, MPK juga mengeluarkan kompaun bagi kesalahan meletakkan halangan di laluan awam, membuang sisa makanan ke dalam longkang dan meletakkan sampah di luar tempat sampah.

Turut dikenakan kompaun bagi kesalahan menjadikan tempat sampah dijadikan stor meletakkan peralatan perniagaan serta terdapat segelintir peniaga yang tidak memberikan imunisasi demam kepialu kepada pekerja mereka.

“MPK memandang serius isu berkaitan kebersihan kerana ia melibatkan kepentingan awam dan sentiasa komited dalam menjalankan operasi penguatkuasaan.

“Operasi seperti itu diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan tiada pihak yang mengingkari arahan ditetapkan,” katanya dalam kenyataan.

Norfiza berkata MPK juga mengalu-alukan sebarang aduan, cadangan dan pendapat daripada orang awam bagi mengatasi isu berkaitan kebersihan terutama di kalangan pemilik premis.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.