Categories
SELANGOR

Maahad Integrasi Tahfiz Bagan Lalang siap Oktober ini

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 10 OGOS : Maahad Integrasi Tahfiz Sains di Bagan Lalang, Sepang yang sedang dalam pembinaan dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata setakat ini lebih 50 peratus prasarana sekolah sudah disiapkan sebelum sesi pengambilan pelajar bermula tahun hadapan.

“Kalau ikut perancangan, pembinaan sekolah itu tiada masalah dan kita akan buka untuk pengambilan guru.

Yunus Hairi“Manakala selepas keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) keluar, kita akan tawarkan untuk pengambilan pelajar pula,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, sekolah itu dijangka akan menerima seramai 60 orang pelajar sebagai permulaan pada sesi pembelajaran 2016.

Terdahulu, Ahmad Yunus mengadakan lawatan ke sekolah itu untuk melihat perkembangan maahad tahfiz yang dibangunkan sebagai asrama di atas bangunan Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA).

Sehingga kini, Kerajaan Negeri sudah mewujudkan tiga Maahad Integrasi Tahfiz Sains di daerah Klang.

Ia susulan sambutan ibu bapa terhadap pendidikan Islam yang sangat menggalakkan sejak beberapa tahun lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.