Categories
SELANGOR

MBI bantu Maahad Tahfiz Jamiul Hasanat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 OGOS: Usaha menyumbang kepada pembangunan semula Maahad Tahfiz Jamiul Hasanat disifatkan sebagai satu kewajipan tanggungjawab sosial korporat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Ketua Jabatan Tanggungjawab Sosial dan Korporat MBI, Mohd Jaafar Farudin Md Ali, berkata lawatan pertama ke maahad di Tanjung Karang itu akan dilakukan, pada 14 Ogos ini.

interview MBI wakilKatanya, lawatan berkenaan penting untuk mengenalpasti jenis dan bentuk bantuan yang dapat disalurkan kepada pengurusan maahad.

“Kita akan lihat dahulu bagi meneliti apa bentuk pertolongan dan sumbangan yang penting untuk mereka membaiki atau membangun semula maahad.

“Mungkin, kita akan libatkan juga Kolej Antarabangsa INPENS dalam misi bantuan kali ini membabitkan kemahiran seperti pendawaian.

“Segalanya kita akan lihat dalam lawatan pertama nanti,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada 8 Ogos lalu, Maahad Tahfiz Jamiul Hasanat hampir seratus peratus musnah dalam satu kebakaran.

Bagaimanapun, kebakaran bangunan dua tingkat itu tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kehilangan nyawa.

11221416_10153480639546221_516394205416238125_nBuat sementara waktu, pelajar ditempatkan di Dewan Darul Huda bersebelahan tapak kebakaran, manakala kelas diletakkan di lokasi berhampiran.

Pada 11 Ogos lalu, Pengetua Maahad Tahfiz Jamiul Hasanat, Mohd Judi Sarjo, berkata pihaknya memerlukan dana sekurang-kurangnya RM1.5 juta bagi membangunkan semula maahad berkenaan.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan dana ke akaun Bank Islam Maahad Jamiul Hasanat 12083010011313 atau menghubungi Mohd Judi di talian 0192459009 atau Mat Hasbollah Sudin (0133707271).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.