Categories
SELANGOR

Ops Gagak MDKL datang lagi

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 21 OGOS: Ops Gagak Majlis Daerah Kuala Langat kembali lagi dengan misi sama mengurangkan populasi hidupan liar itu yang selama ini menjadi ancaman buat penduduk dan masalah kebersihan, pada 23 Ogos ini.

Yang Dipertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali, berkata penganjuran edisi ke-5 itu sebahagian daripada inisiatif MDKL memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan pengurusan sampah dan sisa pepejal.

“Kita juga berhasrat tinggi meningkatkan tahap kebersihan dan mewujudkan persekitaran yang baik, sekali gus memberi keselesaan kepada masyarakat setempat.

mohd azhar mohd ali mdkl“Ia selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri menjayakan misi ‘Sifar Sampah’ yang dilancarkan Dato’ Menteri Besar tahun lalu,” katanya dalam kenyataan kepada Selangor Kini.

Mohd Azhar berkata, MDKL mengenalpasti beberapa kawasan ‘hotspot’ membabitkan pekan Tanjung Sepat, Banting, Telok Panglima Garang dan Bandar Saujana Putra serta pekan baru Sungai Jarom.

Kebanyakan hotspot dikenalpasti tertumpu di kawasan pasar, perumahan dan longgokan sampah haram.

Orang ramai diingatkan lebih berhati-hati sepanjang operasi dijalankan bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Penyertaan Ops Gagak 2015 masih lagi dibuka dan individu yang berminat menyertainya boleh menghubungi MDKL di talian 03–31872825/2732.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.