Categories
SELANGOR

Pembersihan Sg Kayu Ara elak banjir kilat

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 10 OGOS: Kerja-kerja pembersihan Sungai Kayu Ara diharap dapat mengurangkan risiko kejadian banjir kilat di Kampung Cempaka di sini.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, kerja di bawah seliaan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Selangor itu mendapat kerjasama anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Katanya, KSSB bertindak melakukan kerja mengorek pasir sedalam lima kaki sejauh 1 kilometer di Sungai Kayu Ara bersebelahan Jalan PJU1/4.

11800377_511025512384712_1441346869702668370_n“Dengan kerjasama ini, kita tidak perlu mengeluarkan sebarang peruntukan dan ianya dilakukan secara percuma.

“Walaupun begitu, ini bukan jaminan tiada banjir kilat lagi, cuma kita harap ianya dapat tampung kapasiti air lebih besar berbanding sebelum ini seterusnya mengelak banjir,” katanya dalam sidang media di Balai Raya Kampung Cempaka, di sini.

Turut sama ialah Penolong Jurutera JPS Daerah Petaling, Jamaludin Sharif dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Cempaka, Theresa Lim.

Sementara itu, Jamalaludin menjelaskan kerja berkenaan merupakan penyelesaian jangka pendek sementara penyelesaian jangka panjang dilaksanakan bersandarkan kepada peruntukan menerusi Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11).

“Bagaimanapun, kita memantau kerja pembersihan yang mula dilakukan dua minggu lepas itu sehingga akhir tahun ini.

“Kerja itu bukan berdasarkan keuntungan dan dilakukan demi membantu menyelesaian masalah penduduk semata-mata,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.