Categories
SELANGOR

Penstrukturan semula MBI lancar

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 OGOS: Penstrukturan semula anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) berjalan dengan lancar setakat ini, kata Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminuddin

Soffan berkata, usaha penstrukturan itu juga mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada semua anak syarikat perbadanan berkenaan.

“Tugas kita adaalah menjana ekonomi negeri. Penjenamaan ini dibuat sebagai usaha dan terus kepada rakyat.

IMG_2327“Kita mendapat sokongan yang baik dari anak syarikat. Kita akan dapat lihat kesannya tahun hadapan,” katanya kepada Selangor Kini di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MBI, di Pusat Konvensyen Shah Alam, baru-baru ini.

Kerajaan Negeri sebelum ini melaksanakan penstrukturan semula aset syarikat milik negeri (GLC) dan menyelaraskan strategi perniagaan anak syarikat untuk penciptaan nilai yang mampan (sustainable value creation).

Sebanyak 12 anak syarikat MBI iaitu KSSB, PNSB, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSSB) dan Tourism Selangor Sdn Bhd terbabit dalam penstrukturan itu.

IMG_1972Selain itu, Rantaian Mesra Sdn Bhd, Majlis Sukan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB), Bukit Beruntung Golf & Country Resort Berhad dan Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor.

Dalam majlis itu, kira-kira 1,000 orang terdiri daripada pegawai Kerajaan Negeri, eksekutif kanan dan kakitangan anak-anak syarikat berkaitan negeri (GLC), tetamu korporat, anak yatim dan media.

Sumbangan RM5,000 diberikan kepada Rumah Anak Yatim Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, Subang Jaya dan duit raya kepada anak yatim yang hadir.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.