Categories
NASIONAL

PKR: Laksana strategi untuk masa depan parti

Oleh: AFEEQA AFEERA

ALOR SETAR, 14 OGOS: Anggota PKR di peringkat akar umbi disarankan mengikut arahan pimpinan atasan dalam usaha memastikan kejayaan parti itu pada pilihan raya akan datang.

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, berkata segala strategi yang dibincangkan dalam mesyuarat perlu dilaksanakan sebaik mungkin untuk masa depan parti.

“Kita kena ikut ketua dalam kapal kerana kalau berpecah, situasinya tidak baik dan akan jadi seperti pemerintahan sekarang.

shamsul AMK kongres ke 9 PKR 04“Jika parti lemah, bagaimana kita mahu mentadbir negara satu hari nanti,” katanya pada Jelajah Amanat Presiden di TH Hotel & Convention Centre, dekat sini, semalam.

Katanya, semua pimpinan dan anggota juga perlu bersatu menggerakkan jentera parti untuk menumbangkan kepincangan pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Katanya, gelombang pada PRU-13 lalu jelas membuktikan kesediaan rakyat untuk berubah, namun usaha parti perlu ditingkatkan.

“Pada 2008, kita nafikan 2/3 majoriti kerusi BN tetapi tidak berjaya menjadi parti dominan dan belum nombor satu.

“Sebab itu, kita perlu kerja daripada sekarang kerana kalau berlaku PRU-14, kita yang akan pimpin dalam Parlimen,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.