Categories
SELANGOR

Shah Alam On Wheel di Giant Seksyen 18 esok

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 OGOS: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Pasar Raya Giant, Seksyen 18, di sini, pada 15 Ogos ini.

Shah Alam On Wheel menyediakan perkhidmatan luar pejabat iaitu komitmen dan inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menambah sistem penyampaian ‘delivery system’.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti, Shahrin Ahmad, berkata pengoperasian itu menyediakan 18 jenis perkhidmatan bersesuaian bagi memudahkan warga Shah Alam membuat rujukan, semakan dan pembayaran.

MBSA“Antara kemudahan yang disediakan adalah semakan dan pembayaran cukai taksiran secara dalam talian, pembaharuan dan semakan lesen perniagaan, perkhidmatan kaunter aduan serta penjualan kupon letak kereta.

“Ia akan bermula pada jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, Orang Kena Kompaun (OKK) bagi kesalahan tempat letak kenderaan juga boleh mendapatkan peluang melangsaikan kompaun dengan bayaran RM15.

“Shah Alam On Wheel juga menyediakan kaunter bayaran cukai taksiran masing-masing,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.