Categories
SELANGOR

PKR Selangor hantar laporan isu RM2.6 bilion ke SPRM

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 OGOS: Jawatankuasa Pilihanraya PKR Selangor hari ini menghantar laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan perkembangan terkini RM2.6 bilion yang didakwa dipindahkan kepada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Exco Selangor, Amirudin Shari yang mengetuai rombongan PKR, berkata laporan itu dibuat berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan SPRM pada 3 Ogos lalu serta dua asas akta seperti diperuntukkan dalam Akta SPRM tahun 2009.

amirudin shari“Dalam penilitian kita, Seksyen 3 Akta SPRM tahun 2009 mencatatkan bahawa pemberian dalam bentuk derma juga boleh ditakrifkan sebagai suapan jika bertujuan untuk mendapatkan balasan.

“Manakala, Seksyen 50 akta sama menetapkan jika satu suapan dibuktikan diterima, ia perlu dianggap sebagai dorongan atau upah bagi kelakuan rasuah seperti yang didakwa,” katanya kepada media di lobi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

SPRM pada 3 Ogos lalu menjelaskan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Najib adalah sumbangan penderma.

Amirudin berkata, SPRM perlu diberikan ruang untuk menyiasat seadil mungkin bagi memastikan keadilan dapat dicipta dan tiada siapa yang boleh melangkaui undang-undang serta perlembagaan dalam negara.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.