Categories
SELANGOR

PWB Bangi anjur kelas menjahit kaum India

Oleh: LIZAWATI MADFA

BANGI, 4 OGOS: Seramai 20 peserta wanita India menyertai kelas menjahit anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB), di sini, hujung minggu lalu.

Adun Bangi, Shafie Ngah, berkata program berkenaan khusus diadakan bagi memberi latihan menjahit blaus sari tradisional kaum India.

Katanya, hampir semua peserta tidak mahir dan tiada pengalaman menjahit.

11781806_863958640324617_5281936698147076102_n“Jadi, kita mahu mereka belajar dan mengasah kebolehan menjahit supaya kemahiran itu boleh dipraktikkan bagi menjana pendapatan.

“Mereka dibantu tenaga pengajar berpengalaman sepanjang program dan diberikan sijil penyertaan selepas tamat kursus,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) berkata demikian selepas majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil program berkenaan.

“Kami di Pusat Khidmat DUN sentiasa menyokong dan memberi galakan kepada sebarang program yang bermanfaat dalam melonjakkan taraf hidup golongan wanita,” katanya.

Program dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Bangi itu diadakan sempat kali bermula 5 Julai hingga 2 Ogos lalu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.