Categories
SELANGOR

Rakyat yakin DEIG tepati urus tadbir telus

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM – Rakyat Selangor yakin dan percaya penubuhan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) menepati aspirasi urus tadbir berakauntabiliti, kebertanggungjawaban dan ketelusan.

Bagi penganalisis kanan bisnes, Hasina Yop, 31, berkata semua pihak seharusnya memberi masa untuk Dato’ Menteri Besar dan Lembaga Pengarah DEIG menyiapkan laporan penuh tugas dan fungsi syarikat milikan penuh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu.

HasinaYop Katanya, isu DEIG milik dua individu bagi menguruskan harta sehingga RM30 bilion juga perlu dihentikan segera.

“Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi itu hanya ‘promoter’ syarikat sahaja sebelum dipindah milik kepada MBI semula. Semua itu proses teknikal dan prosedur biasa penubuhan mana-mana syarikat.

“Jangan kita samakannya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebab DEIG masih belum beroperasi, sama sekali berbeza dengan 1MDB yang sudah beroperasi beberapa tahun,” katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, pengusaha makanan, Huzaini Angah, 30, pula berpendapat penubuhan DEIG harus diteruskan bagi menjana pendapatan Kerajaan Negeri secara lebih sistematik dan konsisten.

HuzainiAngah“Rakyat Selangor perlu berlaku adil dan beri peluang kepada Dato’ Menteri Besar mencorak sendiri pentadbiran dan pengurusan MBI.

“Jika sebelum ini MBI tiada mencatat keuntungan, siapa tahu DEIG yang diterajui pakar pelaburan mampu mencatatkan keuntungan untuk dikembalikan kepada rakyat Selangor,” katanya.

Pada masa sama, pekerja kilang, Fuad Hendra Abu Bakar, 29, berharap segala urusan DEIG dilakukan secara telus, berhemah dan berintegriti.

“Walaupun DEIG fokus pada pelaburan, diharap program kebajikan kepada rakyat tidak dilupakan.

“Kerajaan Selangor sejak 2008 menjadi harapan dan contoh kepada rakyat, bukan sahaja di negeri ini tetapi seluruh Malaysia. Jangan musnahkan itu,” pintanya,

Leave a Reply

Your email address will not be published.