Categories
SELANGOR

Ribut: 89 keluarga terima bantuan Kerajaan Negeri

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 OGOS: Penderitaan mangsa bencana ribut di Felda Gedangsa, Hulu Selangor mendapat perhatian Kerajaan Negeri apabila 89 keluarga terlibat menerima bantuan sewajarnya.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata bantuan kewangan antara RM300 hingga RM500 kepada setiap keluarga itu bertujuan meringankan beban yang terpaksa ditanggung mangsa.

Katanya, Kerajaan Negeri turut menyerahkan barang makanan dan keperluan harian selain sumbangan kewangan.

11813331_10204752134743595_350459899842129495_n“Bantuan itu diberikan kepada mangsa dalam tempoh seminggu selepas kejadian yang melibatkan penduduk di Felda Gedangsa dan Kampung Gedangsa.

“Selain bantuan Kerajaan Negeri, mangsa turut menerima sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS),” katanya kepada Selangor Kini.

Pada 27 Julai lalu, dianggarkan kira-kira 100 rumah peneroka Felda Gedangsa rosak dilanda ribut puting beliung selama 15 minit disebabkan hujan lebat berterusan hampir dua jam.

Bencana itu adalah kejadian ketiga tahun ini dan terburuk kerana membabitkan banyak perkampungan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.