Categories
NASIONAL

Xavier: Malaysia sukar capai wawasan 2020

Oleh: AFEEQA AFEERA

ALOR SETAR, 14 OGOS: Ekonomi yang merudum dan tadbir urus lemah dijangka akan memusnahkan harapan Malaysia untuk mencapai wawasan 2020 yang tinggal lima tahun lagi.

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar, berkata hasrat itu sukar dicapai ekoran kepincangan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita anggap Malaysia akan jadi maju, gaji akan naik, rakyat berada dalam keadaan selesa,pada tahun 2020. Tetapi, adakah semua itu boleh dicapai?

fokus calon 13 - xavier jayakumar“Nilai matawang yang semakin merosot akan menyebabkan negara menghadapi inflasi, harga barang naik hingga membebankan rakyat,” katanya pada Jelajah Amanat Presiden di TH Hotel & Convention Centre, dekat sini, semalam.

Xavier yang juga Adun Seri Andalas, berkata hanya Najib yang perlu dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku ke atas negara hari ini.

Katanya, Najib juga hilang kepercayaan daripada rakyat dan masyarakat seluruh dunia yang sudah muak dengan politik kotor beliau.

“Kalau tak diturunkan (Najib), kita tidak akan maju pada masa depan.

“Dengan masa yang ada, kalau tidak bersatu sukar untuk dapatkan peluang seperti ini kerana Umno tidak lagi boleh membodohkan rakyat,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.