Categories
SELANGOR

2,500 hotspot Wifi percuma seluruh Selangor

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 SEP: Rakyat di negeri ini bakal menikmati kemudahan Wifi secara lebih meluas dengan 2,500 hotspot di beberapa lokasi seluruh negeri menjelang akhir tahun ini.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains Teknolgi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata setakat hari ini (22 September), sebanyak 800 lokasi hotspot Wifi Selangorku disediakan.

Katanya, sebanyak 120 lokasi tambahan akan siap dipasang hujung bulan ini.

“Jumlah itu menjadikan sebanyak 920 lokasi penghujung Oktober 2015.

WIFI Selangorku (7)“Baki tambahan sebanyak 1,580 hotspot dijangka akan siap dipasang pada akhir tahun 2015 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,500 hotspot,” katanya kepada pemberita.

Nik Nazmi berkata pemilihan lokasi hotspot dilakukan berdasarkan kepada sasaran pengguna iaitu pelajar, golongan berpendapatan rendah, kawasan luar bandar dan kawasan pelancongan.

“Pengguna boleh mengenal pasti zon Wifi percuma ini berdasarkan papan tanda Wifi Selangorku atau apabila alat peranti yang mempunyai kebolehan Wifi dapat mengesan isyarat perkhidmatan ‘Wifi Selangorku’,” katanya.

Beliau berkata pengguna di lokasi Wifi hotspot akan merasai teknologi berbeza bergantung kepada teknologi sedia ada di zon terbabit.

“Bagi zon wifi menggunakan teknologi fiber optik, pengguna akan menikmati capaian kelajuan minima 1Mbps, kita jangka hujung tahun ini, kita akan menggunakan teknologi itu.

WIFI Selangorku (1)“Manakala zon Wifi menggunakan teknologi Asymmetric Digital Subsriber Line (ADSL) dan teknologi 3G/LTE, pengguna berpeluang menikmati capaian maksima 1Mbps.

“Ianya bergantung kepada kesediaan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi dilokasi itu,” katanya.

Beliau berkata sebanyak RM16 juta diperuntukkan setahun untuk kemudahan itu.

“Saya berharap dengan kemudahan ini kita dapat mencapai sasaran kita,” katanya.

Program Wifi Selangorku itu ditanggung sepenuhnya oleh MBI dengan usahasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bahagian Teknologi Maklumat.

Sekiranya berminat untuk memohon perkhidmatan Wifi Selangorku dilokasi tertentu, boleh menghubungi pihak MBI atau bahagian Teknologi Maklumat untuk proses penilaian selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2015.

Sebarang aduan atau pertanyaan mengenai Wifi Selangorku boleh dikemukakan melalui nombor talian bantuan di 1800 22 WIFI (9434) atau email kepada [email protected]

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.