Categories
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Rujuk ADN untuk penjajaran semula lokasi strategik pasang Wi-Fi

SHAH ALAM, 12 OGOS: Kerajaan Negeri melakukan penjajaran semula lokasi pemasangan Wi-Fi bagi memastikan pelaksanaan inisiatif Data Internet Selangor sampai kepada kumpulan sasar.

EXCO sains, teknologi dan inovasi berkata pihaknya akan merujuk setiap Ahli Dewan Negeri (ADN) bagi mendapatkan lokasi strategik berkenaan dan menyelesaikannya secepat mungkin.

“Kita (Kerajaan Negeri) sedang buat penjajaran semula dengan merujuk setiap ADN untuk memberikan lokasi strategik untuk kita pasang Wi-Fi kerana ada peruntukan tertentu terutama (jumlah Wi-Fi) di kawasan tumpuan rakyat,” kata Hee Loy Sian ketika dihubungi.

Inisiatif Data Internet Selangor dengan peruntukan RM18 juta yang diperkenalkan Dato’ Menteri Besar dalam pakej rangsangan ekonomi fasa ketiga menyasarkan hampir 40,000 penerima di negeri ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata matlamat inisiatif adalah penjimatan kewangan untuk penggunaan data internet dan memudah cara inisiatif digitalisasi.

Selain itu, inisiatif ini merupakan sokongan untuk mempertingkatkan kemudahan capaian rakyat kepada perkhidmatan dalam talian yang disediakan terutama kepada golongan memerlukan seperti kumpulan B40, pelajar luar bandar, guru di sekolah luar bandar serta usahawan wanita.

Sebanyak 3,622 Wi-Fi Smart Selangor sudah dipasang di seluruh negeri sehingga Jun 2019.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

1,143,855 pengguna berdaftar WiFi Smart Selangor

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 NOV: Pengguna Wifi Smart Selangor (WiFiSS) yang berdaftar kini mencecah 1,143,855 dalam tempoh tiga tahun sejak mula beroperasi September 2015.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata, Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan WiFiSS setakat ini.

Katanya, jaminan tahap perkhidmatan dalam lingkungan 95 peratus turut berada dalam julat yang dipersetujui.

“Bagaimanapun, prestasi perkhidmatan WiFiSS sentiasa dalam pemantauan dan usaha untuk mempertingkatkan kelajuan dan liputan WiFiSS sentiasa dijalankan bersama pihak pembekal,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin di Sidang Dewan Negeri, di sini.

Pada masa sama, Loy Sian berkata, terdapat 15 hotspot dalam kawasan DUN Permatang yang membabitkan dewan, Pusat Khidmat Rakyat, perpustakaan desa, surau, masjid, klinik dan lain-lain.

“Namun, usaha untuk memperluaskan kemudahan itu di Permatang masih tertakluk pada ketersediaan infrastruktur jaringan teras pihak pembekal ke kawasan sasaran.

“Dalam hal ini pihak pembekal masih belum mempunyai infrastruktur jaringan teras yang diperlukan untuk komunikasi jalur lebar yang berhampiran dengan kawasan itu,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 3,834 perkhidmatan jaringan WiFiSS diwujudkan, di sekitar negeri sejak dilaksanakan.

Kemudahan WiFiSS disasarkan kepada kawasan tumpuan awam dan kawasan penduduk berpendapatan rendah.

Pembangunan infrastruktur telekomunikasi melalui capaian jalur lebar (WiFi) di Selangor bakal diperluaskan dengan 4,000 ‘hotspot’ ke seluruh negeri, menjelang akhir tahun ini.

Pelaksanaan itu menjadi saksi kepada inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan semua rakyat mendapat akses melalui capaian jalur lebar berkelajuan tinggi secara percuma, sekali gus merapatkan jurang digital di Selangor khususnya.

Categories
NASIONAL

Harga jalur lebar turun 25% hujung tahun

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 JUN: Harga perkhidmatan jalur lebar di Malaysia dijangka turun sekurang-kurangnya 25 peratus, penghujung tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, penurunan harga itu ekoran implementasi Mandatory Standard on Access Pricing (MSAP) sejak 8 Jun lalu.

Katanya, pihak terbabit masih dalam perbincangan penetapan harga borong, ketika ini.

“Saya difahamkan proses ini akan berakhir pada Julai atau Ogos dan seterusnya pakej perkhidmatan jalur lebar, pada harga lebih rendah akan diperkenalkan kepada pengguna.

“Polisi MSAP mengenakan harga siling borong bagi pihak pembekal kemudahan dan perkhidmatan digunakan syarikat telco dalam pasaran.

“Penurunan harga borong bakal mengurangkan harga pasaran untuk pengguna,” katanya dalam kenyataan.

Gobind berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengkaji polisi MSAP selama setahun, pada 2017.

Bagaimanapun, katanya, semakan harga sepatutnya diperkenalkan, pada 1 Januari 2018 tetapi tidak dilaksanakan ekoran rayuan Telekom Malaysia (TM) untuk SKMM mengkaji semula beberapa butir komponen harga.

“Keputusan mengkaji semula harga jalur lebar ditangguhkan sementara menunggu pertimbangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, pada masa itu.

“Selepas pelantikan saya sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia baru, saya mengumumkan Pakatan Harapan akan mengambil langkah menurunkan harga jalur lebar serta menambah kelajuan perkhidmatan itu,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan isu akses kepada internet sebagai satu hak asasi asas di Malaysia, dan jika boleh dilaksanakan, sebagai hak perlembagaan.

“Hakikatnya, perkhidmatan jalur lebar adalah pemacu kepada usaha transformasi negara kita kepada ekonomi digital demi memastikan rakyat Malaysia berpeluang menikmati semua faedah yang ditawarkan.

“Di samping itu, saya mengarahkan SKMM untuk pertimbangkan langkah lain yang boleh menurunkan lagi harga jalur lebar.

“Saya juga meminta SKMM untuk memantau harga jalur lebar di Malaysia supaya harga pakej peringkat permulaan munasabah untuk semua rakyat,” katanya.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Sampai bila internet di Malaysia mahal dan lembab?

Saya ambil maklum dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai insentif WiFi percuma sehingga hujung tahun ini yang ditawarkan di lebih 5800 lokasi hotspot di seluruh negara.

Bayaran kemudahan WiFi ini akan dikenakan semula pada tahun depan (2018) pada kadar yang lebih rendah.

1. Saya dan semua rakyat Malaysia berasa begitu teruja dan ingin mengetahui senarai tempat 5800 hotspot yang ditawarkan itu.

Untuk sekian lama, rata-rata penduduk di negara ini menggunakan internet persendirian (mobile data) untuk melayari peranti dengan caj antara yang termahal di Asia Tenggara serta kelajuan muatnaik turun yang amat perlahan dan tidak stabil.

2. Meskipun konsep WiFi percuma ini direalisasikan, ianya tidak akan dapat menyelesaikan masalah pokok hal internet nasional, di mana perkhidmatan ini telah dimonopoli sejak sekian lama dan menyebabkan perkhidmatan ini tidak berdaya saing (kompetititf).

Tan Kar HingPerkara seumpama ini telah menyebabkan masalah kos pengguna dan kelajuan masih lagi menjadi masalah utama. Jika perkara ini masih berulang, perkembangan teknologi baharu seperti sistem peperiksaan atas talian dan transaksi kewangan tidak dapat diperluaskan ke seluruh Malaysia.

3. Perkembangan teknologi di Malaysia yang pesat menunjukkan masyarakat di negara ini telah menuju ke arah gaya hidup digital.

Rakyat menggunakan internet untuk melayari media sosial, menonton video, bermain permainan dalam talian, aplikasi berasaskan lokasi, enjin pencari dan perbankan internet.

Perkembangan yang sihat ini boleh diaplikasikan dengan melengkapkan sekolah-sekolah awam di negara ini dengan akses internet yang lebih laju dan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) seperti di negara-negara maju yang lain.

Saya berharap Najib Razak dapat memahami rakyat di negara ini yang mahukan penyelesaian yang dapat memberi impak jangka masa yang panjang.

YB Tan Kar Hing
ADUN Simpang Pulai
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN

Bas Percuma Selangor Mesra OKU, Wifi percuma


MBPJ kini mempunyai 22 buah bas percuma, dilengkapi kemudahan Wifi dan mesra OKU. Kerajaan Negeri sasar seluruh PBT laksana sepenuhnya bas percuma pada Julai ini.

Categories
SELANGOR

Wifi Selangorku diselaras pada kelajuan 30Mbps

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 NOV : Kelajuan internet Wifi di hotspot seluruh negeri bakal diselaraskan pada kelajuan 30Mbps menjelang hujung tahun ini.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains Teknolgi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata setakat ini kelajuan Wifi di Selangor berada pada tahap 8Mbps hingga 30Mbps.

WIFI Selangorku (7)Katanya, pemantauan sberkala dilakukan dari masa ke masa untuk memastikan rakyat boleh mengakses internet dengan lancar.

“Pemantauan Wifi dilakukan Kerajaan Negeri dan pembekal secara atas talian untuk mengetahui sama ada hotspot berfungsi atau tidak.

“Tiada lokasi Wifi kurang daripada 8Mbps dan kita berusaha untuk menukar kepada 30Mbps menggunakan teknologi fiber,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Baharu) semasa sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Pada masa sama, Nik Nazmi (PKR-Seri Setia) berkata, orang ramai yang ingin mengemukakan aduan berkenaan Wifi boleh menghubungi talian bantuan 1800 22 WIFI (9434) atau email kepada [email protected].

Beliau berkata, Pusat Khidmat DUN yang menghadapi masalah Wifi juga boleh menghubungi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) untuk membuat pemantauan.

“Akaun laman sosial dan laman web rasmi untuk membuat aduan masih dalam pelaksanaan, jika berlaku masalah boleh hubungi talian disediakan.

WIFI Selangorku (1)“Apa yang jelas, kelajuan Wifi Selangorku antara terlaju yang ada di negara ini,” katanya.

Program Wifi Selangorku ditanggung sepenuhnya MBI dengan usahasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bahagian Teknologi Maklumat.

Lokasi Wifi Selangorku dilakukan secara meluas dengan 2,500 hotspot di beberapa lokasi seluruh negeri memiliki kemudahan itu.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Wifi Selangorku pemacu pelaburan luar negara

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 SEP: Pelancaran Wifi Selangorku mampu menarik pelaburan dalam dan luar negara ke Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata hal itu kerana Wifi merupakan kemudahan asas yang penting bagi menarik minat pelabur.

“Pelaksanaan kemudahan ini kita zahirkan komitmen Kerajaan Negeri semasa pembentangan Belanjawan tahun lalu.

WIFI Selangorku (1)“Kita berjaya menyediakan kemudahan ini kepada semua golongan. Ini adalah jaminan hubungan desa dan bandar dihubungkan tanpa ada kawasan terpisah,” katanya kepada pemberita.

Mohamed Azmin berkata kemudahan itu juga dapat melonjakkan pertumbuhan ‘Urban Growth’ termasuk modal insan tenaga kerja berteknologi tinggi bagi tujuan komunikasi dari pelajar dan masyarakat.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata Kerajaan Negeri komited membangunkan Selangor berkonsepkan ‘Smart City’ dan ‘Smart State’.

Katanya, usaha itu sebagai mahu mengangkat taraf sosial rakyat dalam masa terdekat ini.

WIFI Selangorku (7)“Oleh itu, Datuk Bandar mahupun Yang diPertua Majlis perlu mengkaji dari negara luar akan kemudahan daripada ‘Smart City’ dapat dilaksanakan bagi program ‘Citizen Engagament’ supaya input diperolehi rakyat.

“Ambil contoh dari bandar-bandar besar bagi menggubal sesuatu dasar,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

2,500 hotspot Wifi percuma seluruh Selangor

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 SEP: Rakyat di negeri ini bakal menikmati kemudahan Wifi secara lebih meluas dengan 2,500 hotspot di beberapa lokasi seluruh negeri menjelang akhir tahun ini.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains Teknolgi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata setakat hari ini (22 September), sebanyak 800 lokasi hotspot Wifi Selangorku disediakan.

Katanya, sebanyak 120 lokasi tambahan akan siap dipasang hujung bulan ini.

“Jumlah itu menjadikan sebanyak 920 lokasi penghujung Oktober 2015.

WIFI Selangorku (7)“Baki tambahan sebanyak 1,580 hotspot dijangka akan siap dipasang pada akhir tahun 2015 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,500 hotspot,” katanya kepada pemberita.

Nik Nazmi berkata pemilihan lokasi hotspot dilakukan berdasarkan kepada sasaran pengguna iaitu pelajar, golongan berpendapatan rendah, kawasan luar bandar dan kawasan pelancongan.

“Pengguna boleh mengenal pasti zon Wifi percuma ini berdasarkan papan tanda Wifi Selangorku atau apabila alat peranti yang mempunyai kebolehan Wifi dapat mengesan isyarat perkhidmatan ‘Wifi Selangorku’,” katanya.

Beliau berkata pengguna di lokasi Wifi hotspot akan merasai teknologi berbeza bergantung kepada teknologi sedia ada di zon terbabit.

“Bagi zon wifi menggunakan teknologi fiber optik, pengguna akan menikmati capaian kelajuan minima 1Mbps, kita jangka hujung tahun ini, kita akan menggunakan teknologi itu.

WIFI Selangorku (1)“Manakala zon Wifi menggunakan teknologi Asymmetric Digital Subsriber Line (ADSL) dan teknologi 3G/LTE, pengguna berpeluang menikmati capaian maksima 1Mbps.

“Ianya bergantung kepada kesediaan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi dilokasi itu,” katanya.

Beliau berkata sebanyak RM16 juta diperuntukkan setahun untuk kemudahan itu.

“Saya berharap dengan kemudahan ini kita dapat mencapai sasaran kita,” katanya.

Program Wifi Selangorku itu ditanggung sepenuhnya oleh MBI dengan usahasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bahagian Teknologi Maklumat.

Sekiranya berminat untuk memohon perkhidmatan Wifi Selangorku dilokasi tertentu, boleh menghubungi pihak MBI atau bahagian Teknologi Maklumat untuk proses penilaian selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2015.

Sebarang aduan atau pertanyaan mengenai Wifi Selangorku boleh dikemukakan melalui nombor talian bantuan di 1800 22 WIFI (9434) atau email kepada [email protected]

EZY

Categories
SELANGOR

Bas Selangorku mesra OKU, sedia Wifi percuma

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 JUL: Rakyat Selangor berpeluang menggunakan perkhidmatan bas secara percuma, Bas Selangorku bermula hari ini, dari jam 6 pagi hingga 10 malam.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan dan Pengangkutan Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, perkhidmatan bas itu juga singgah di semua stesen komuter, sekolah serta pejabat kerajaan.

IMG_3869Katanya, laluan bas itu berlainan dengan laluan bas komersial lain yang menjadikannya lebih praktikal dan efisyen untuk pengguna.

“Lebih menarik, kita juga dalam proses menyediakan perkhidmatan Wifi percuma selain bas bersifat mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Dengan kekerapan bas setiap 15 minit, diharap perkhidmatan ini dapat memudahkan dan meringankan beban rakyat,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Bas Selangorku di perkarangan Stesen Komuter Shah Alam, di sini, hari ini.

Bas Selangorku disediakan di tiga pihak berkuasa tempatan iaitu di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Kajang (MPK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

IMG_3955MBSA dan MPSJ masing-masing disediakan empat bas sementara MPK dengan tiga bas.

Perkhidmatan Bas Selangorku di MBSA melibatkan laluan sejauh 10.5 kilometer (km) dan melalui 22 perhentian.

Sementara itu, laluan di MPSJ adalah sejauh 14.5 km dengan 19 perhentian, manakala MPK pula (8.5) km membabitkan 11 perhentian.

Perkhidmatan berkenaan dikendalikan Rapid Sdn Bhd dan setiap bas mampu memuatkan sehingga 60 orang pada satu masa.

-NFN-

Categories
SELANGOR

112 Wifi percuma sudah dipasang

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 15 APRIL: Sebanyak 112 unit wifi sudah ditempatkan di seluruh negeri Selangor yang meliputi di kawasan bandar dan juga luar bandar.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi berkata setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) diperuntukkan dua lokasi.

wifi-free-grafikKatanya, bagi mengenal pasti kawasan yang terpilih setiap Adun diminta untuk mengemukakan cadangan bagi memastikan semua mendapat kemudahan ini.

“Kos bagi menyediakan wifi ini adalah sebanyak RM2,740,959. 86, ia merangkumi kos sewaan internet dan penyelenggaraan selama dua tahun,” katanya dalam sidang dewan negeri.

Daroyah berkata keseluruhan kos penyelengaraan ini dibiayai oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) melalui Geran SelangorKu.

Daroyah turut menafikan dakwaan Halimaton Saadiah Borhan (BN-Kota Damansara) yang mendakwa perlaksanaan untuk penyelenggaraan wifi percuma hanyalah bermusim.

Katanya, perlaksanaan pemantauannya adalah dilakukan secara berterusan bahkan pemantauan ini dilakukan terus dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)

“Kita sudah memanggil Adun-adun pada 20 Januari lepas untuk mengenalpasti kawasan wifi yang rosak untuk dikenal pasti dan diberikan tempat baru.

“Hingga kini, kita hanya menerima 16 maklumat balas sahaja daripada adun,” katanya.

Beliau berkata perjanjian mengenai kos penyelenggaraan ini sudah bermula sejak tahun 2013 dan akan berakhir pada pada tahun 2015.

“Pemasangan hotspot baru akan bermula pada fasa ke-2 nanti.

“Ketika itu kita akan membenarkan ADUN untuk memohon hotspot ini lagi,” katanya.

Daroyah berkata , kawasan liputan yang ada hingga kini adalah sepanjang 200 meter, dan dalam pada satu-satu masa boleh digunakan seramai 20 orang.

EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

Bandar Baru Salak Tinggi Lokasi Terbaru Wifi Percuma Selangorku

MB Pelancaran WIFI 04

SEPANG 14 FEB: Bandar Baru Salak Tinggi di sini menjadi lokasi baru yang menerima akses internet jalur lebar (WiFi) secara percuma selepas dilancarkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

MB Pelancaran WIFI 01WiFi Selangorku ini dipasang di Pusat Penjaja Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi dan merupakan antara 112 lokasi WiFi percuma yang dirancang akan dipasang seluruh Selangor.

Abdul Khalid berkata, projek WiFi Selangorku ini menggunakan peruntukan Geran Selangorku sebanyak RM2.74 juta dengan kerjasama syarikat-syarikat swasta yang diadakan melalui tender terbuka.

“Pelbagai projek diperuntukan melalui Geran Selangorku seperti projek infrastruktur jalan, gelanggang futsal serta penyediaan WiFi percuma ini supaya kita mahu seluruh rakyat Selangor dapat menikmati kemudahan teknologi maklumat,” katanya ketika ucapan perasmian di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail, Setiausaha Teknologi Maklumat (ICT) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK), Wahilman Siwar.

MB Pelancaran WIFI 02Abdul Khalid berkata, mulai akhir bulan Mac tahun ini semua kawasan yang dikenalpasti sebagai ‘HotSpot’ WiFi Selangorku akan siap dipasang.

“Kawasan luar bandar akan menjadi tumpuan pemasangan WiFi ini yang juga digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat bagi mendapatkan maklumat mengenai Kerajaan Negeri yang boleh didapati melalui portal TVSelangor(Media Selangorku),” katanya dalam sidang media sejurus selepas perasmian.

Sementara itu, WiFi Selangorku ini berkelajuan 2 Mps dan liputan minima boleh dicapai berkeluasan 200 meter serta had capaian selama 30 minit bagi setiap 100 orang pengguna pada satu-satu masa.

Dalam pada itu, Rodziah berkata, kemudahan WiFi ini adalah bagi memastikan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar dapat dikurangkan.

MB Pelancaran WIFI 03“Rakyat semakin bertambah dan kepadatan penduduk memberikan impak kepada Kerajaan Negeri untuk memikirkan sesuatu perkara yang dapat memberi manfaat kepada setiap penduduk di negeri ini dan perkhidmatan WiFi ini merupakan salah satu daripadanya,” katanya.

Rata-rata penduduk di kawasan itu memberikan reaksi positif terhadap pemasangan WiFi Selangorku di kawasan mereka.

Seorang penduduk, Muhardi Yahya, 29, berkata, pemasangan WiFi ini sekurang-kurangnya dapat memberikan kemudahan kepada penduduk di sekitar untuk melayari internet bagi mendapatkan maklumat atau menyelesaikan sesuatu urusan.

“Baguslah dah ada internet percuma, bukan semua mampu untuk memasang internet di rumah dan sekurang-kurangnya penduduk di kawasan ini ada suatu kemudahan yang bermanfaat untuk digunakan oleh semua orang,” katanya ketika ditemui.