Categories
SELANGOR

Awasi anjing, elak penularan wabak rabies

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 SEP: Pemilik anjing dinasihatkan mengawasi haiwan peliharaan agar tidak bercampur dengan anjing liar yang tidak diketahui status kesihatannya.

Pengarah Perkhidmatan Veterinar Selangor, Dr Akma Ngah Hamid berkata hal itu bagi memastikan haiwan berkenaan tidak di jangkiti penyakit anjing gila atau ‘rabies’.

ANJING GILA“Pemilik haiwan itu perlu menyimpan di dalam kawasan rumah (compound).

“Kita tidak mahu haiwan ini bercampur dengan anjing liar yang tidak diketahui status kesihatannya,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Dr Akma berkata Selangor adalah negeri atau kawasan penamaan penyakit terbabit.

Bagaimanapun, katanya, vaksinasi rabies tidak perlu dijalankan melainkan untuk di eksport atau untuk di bawa ke kawasan immune belt.

“Buat masa ini, tiada kejadian dilaporkan di Selangor, namun kita mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Sebelum ini, Pulau Pinang diisytihar sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila berikutan berlaku dua kes yang membabitkan kanak-kanak berusia 11 tahun dan seorang dewasa berusia 44 tahun.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng mengeluarkan Perintah Suntikan Pencegahan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 yang memberi kuasa kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Kes anjing gila mula dikesan selepas seorang lelaki digigit anjing di Pokok Sena, Seberang Perai Utara pada 8 September lalu dengan kes kedua dilaporkan (15 September) di Taman Nelayan, Kuala Sungai Pinang, Daerah Barat Daya berikutan seorang kanak-kanak turut digigit anjing.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.