Categories
SELANGOR

Cegah wabak anjing gila tanggungjawab bersama

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 SEP: Penduduk di negeri ini diminta mengambil langkah berjaga-
jaga terhadap kes jangkitan anjing gila atau ‘rabies’.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Keluarga dan Wanita, Dr Daroyah Alwi,
berkata Jabatan Kesihatan Negeri sudah mengeluarkan notis ‘alert’ kepada semua
pihak.

pc dr daroyah 2“Kita harap semua pihak bekerjasama dalam kes ini selain mengambil langkah
berjaga-jaga.

“Orang ramai juga diminta untuk melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya
terdapat kejadian gigitan anjing,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Dr Daroyah berkata, beberapa hospital di negeri ini dibekalkan vaksin antirabies.

Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengambil langkah
berjaga-jaga bagi menghindari wabak rabies di kawasan seliaannya.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata segala langkah
perlu diambil pihaknya dalam memastikan jangkitan itu dapat dielak.

“Kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengenal pasti tapak sesuai bagi
mencegah dan mengawal wabak itu jika berlaku.

“Masih tiada kes di Subang Jaya tetapi kita bersedia supaya apa yang berlaku di
luar tidak berlaku di sini,” katanya kepada pemberita.

Anjing GiKes anjing gila atau ‘rabies’ mula dikesan selepas seorang lelaki digigit anjing di
Pokok Sena, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pada 8 September lalu.

Sementara kes kedua dilapor pada 15 September lalu di Taman Nelayan, Kuala
Sungai Pinang, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang berikutan seorang kanak-kanak
turut digigit anjing.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.