Categories
NASIONAL

Azmin: Kenang perjuangan Anwar, kekal semangat muafakat

Oleh: AFIX REDZUAN

BATU CAVES, 17 SEP: Pakatan Rakyat (Pakatan) harus mengekalkan semangat muafakat dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang demi memenuhi aspirasi rakyat yang dahagakan perubahan.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengakui Pakatan kini berhadapan masalah namun peranan penyatuan dimainkan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dikenang kerana berjaya membentuk gabungan pembangkang yang kuat.

IMG_8977Katanya, PKR perlu memainkan peranan mengukuhkan Pakatan yang dahulunya dibina sebagai Barisan Alternatif (BA) dengan pendekatan inklusif dan sederhana dalam semua perkara.

“Tidak mungkin mana-mana parti politk berjaya mengalah BN tanpa muafakat yang utuh dan kukuh. Kita tidak boleh bersendirian dan realiti sosial dalam Malaysia kena menerima hakikat dengan mengambil pendekatan inklusif juga sederhana untuk meruntuhkan BN serta mempertahankan Pakatan,” katanya.

Beliau berkata, komponen Pakatan atau parti baru lain perlu mengurus muafakat dengan baik demi kelangsungan kerjasama dalam membawa perubahan.

Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor juga berharap kerjasama dan komitmen PAS, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) atau individu lain yang mahu menumbangkan BN akan dipermudahkan dalam pilihan raya umum akan datang.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.