Categories
SELANGOR

Belanjawan 2016: Lampu jalan seluruh Selangor ditukar LED tahun hadapan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 SEP: Sebanyak 2,800 lampu jalan di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Selangor akan diganti dengan lampu LED (dioda cahaya) bermula tahun hadapan.

Exco Kerajaan Tempatan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, berkata rancangan yang terkandung dalam Belanjawan Selangor 2016 itu diambil bagi memberi kesan pencahayaan lebih terang, tahan lama dan menjimatkan kos.

EAN YONG“Semua lampu jalan di bawah PBT akan diganti kepada LED secara berperingkat.

“Ini dah diluluskan Kerajaan Negeri dan dimulakan tahun depan dengan kos lebih RM5 juta bagi 2,800 lampu jalan di seluruh Selangor,” katanya kepada Selangor Kini .

Hian Wah berkata, projek ini akan dimulakan di kawasan bandar sebelum diikuti kawasan luar bandar.

Jelasnya, lampu jalan LED ini juga akan ditambah secara berperingkat pada tahun berikutnya mengikut keperluan semasa.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.