Categories
NASIONAL

Bersih 2.0 kesal insiden pijak gambar Najib dan Abdul Hadi

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 2 SEP: Penganjur Bersih 4.0 kesal dengan tindakan individu yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, berkata apa yang berlaku adalah di luar kawalan pihak mereka.

janji demokrasi maria chin 01“Kita kesal dengan perbuatan ini sebab ramai sangat yang hadir sampai 600,000 orang dengan semangat yang berkobar-kobar dan kita tak dapat kawal semua.

“Kita tak sokong tindakan ini dan tak perlu buat begitu. Bukan hanya kepada Abdul Hadi dan Perdana Menteri tetapi kepada sesiapa saja kerana tindakan ini kita tak boleh terima,” katanya kepada media di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sehubungan itu, Maria menggesa individu itu supaya menyerah diri kepada polis untuk memberi keterangan dan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkenaan untuk mengambil tindakan lanjut.

“Kita minta dua individu yang pijak gambar itu tampil ke balai polis dan biar polis yang siasat. Jika berani buat mereka, mesti berani bertanggungjawab, dan saya tidak setuju dengan tindakan dua remaja ini,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.