Categories
NASIONAL

Dua Ahli Parlimen Belia Malaysia sertai PKR

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 1 SEP: Dua Ahli Parlimen Belia Malaysia menyertai Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi menzahirkan perjuangan menuntut reformasi seperti digariskan Bersih 2.0 dan PKR, hari ini.

Kemasukan dua anak muda itu diumumkan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu pejabat parti yang turut dihadiri Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Penerangan, Syed Ibrahim Syed Noh.

Ahli Parlimen IMG_20150901_120006 Belia Malaysia bagi Selangor, Wan Abdullah Mujahid Hasanuddin dan Mohd Mustaqim Abdul Jalil (Pahang) masing-masing sebelum ini bergiat aktif di dalam pertubuhan IKRAM.

Wan Abdullah Mujahid, 27, mempunyai ijazah undang-undang dan syariah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), diploma lanjutan Bahasa Arab dari Maahad Kiftaro Syria dan kini melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana.

Beliau yang juga aktivis Aqsa Syarif mempunyai beberapa syarikat perniagaan selain turut aktif dalam misi ke Gaza dan Lubnan serta kerap menyertai persidangan gerakan Islam peringkat antarabangsa.

Mohd Mustaqim pula pendakwah berkelulusan pengajian Islam turut aktif dalam seminar motivasi dan latihan belia di seluruh Pahang selain menyertai sukarelawan Aqsa Syarif.

Wan Abdullah Mujahid akan diberikan tempat dalam Exco AMK Malaysia dengan portfolio khusus menyemarakkan aktiviti pendemokrasian dalam kalangan generasi muda selain menumpukan usaha kepada kegiatan sukarelawan antarabangsa dan usahawan.

Beliau akan dibantu Mohd Mustaqim yang akan menyertai kempen PKR di Pahang.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.