Categories
NASIONAL

Enam lokasi catat IPU tidak sihat

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 SEP: Enam kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 100 setakat jam 4.00 petang ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), situasi itu berlaku di Pelabuhan Klang (102), Alor Star (117), Taiping (105), Ipoh (106), Seri Majung (104) dan Kangar (110).

Selain itu, 34 kawasan lagi mencatatkan IPU sederhana.

Jerebu-Shah-AlamPagi tadi, 12 kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat membabitkan Selangor aiitu di kawasan Banting (102), Pelabuhan Klang (109), Shah Alam (108) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (113).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.