Categories
SELANGOR

Gimnasium luar promosi gaya hidup sihat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 2 SEP: Kewujudan gimnasium luar di USJ 2, di sini, diyakini mampu mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk membabitkan tiga peralatan untuk orang dewasa sementara dua lagi khas bagi kanak-kanak dengan kos keseluruhan RM15,000.

PC Hannah Yeoh Pejabat Tanah di Kompleks 3C PJS (3)Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata fasiliti disediakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu juga sesuai untuk kegunaan semua peringkat usia

“Buat masa ini, hampir semua padang utama di Subang Jaya dilengkapi gimnasium luar dan ia popular dalam kalangan penduduk. Kita dapat lihat fasiliti ini juga mampu merapatkan hubungan penduduk pelbagai kaum,” katanya kepada Selangor Kini ketika merasmikan gimnasium luar di padang permainan USJ 2/4S, di sini, hari ini.

Sebelum ini, gimnasium luar turut disediakan di padang utama antaranya di USJ 4, USJ 11/5, USJ 5 dan SS14 .

20150902_091014Hannah yang juga Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), berkata pihaknya akan memantau semua gimnasium luar sebelum program penyediaan diteruskan di tempat lain.

“Kita akan lihat dahulu daripada segi penyelenggaraan dalam tempoh dua tahun ini. Kemudian, baru putuskan tindakan selanjutnya sama ada untuk meneruskan atau sebaliknya,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.