Categories
SELANGOR

Jerebu: Lebih 3,000 topeng muka diedar

SHAH ALAM 15 SEP: Kerajaan Negeri hari ini mengagihkan lebih 3,000 topeng muka kepada pelajar dan guru dari 130 buah tadika seluruh negeri yang mengikuti program Simulasi Haji Cilik Perdana di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi, berkata ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan mengawasi pergerakan anak-anak agar kurang terdedah dari risiko berpunca dari masalah jerebu ini.

JerebuKatanya, kanak-kanak merupakan antara golongan paling berisiko terutamanya kepada mereka yang mengidap penyakit Asma.

“Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membenarkan anak-anak mereka untuk bermain di luar rumah sebaliknya melakukan aktiviti hanya di dalam rumah.

“Pastikan mereka meminum air dengan secukupnya demi mengekalkan penghidratan dan pastikan mereka mendapat rehat cukup,” kata Dr Daroyah.

Dr Daroyah berkata, ibu bapa perlu sentiasa peka dengan tahap kesihatan anak masing-masing.

“Jika mereka mula menunjukkan kesan setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu, segera dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.