Categories
SELANGOR

Piala Malaysia: PKNS FC mula langkah bergaya

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 15 SEP: PKNS FC memulakan kempen Piala Malaysia dengan bergaya apabila menundukkan Pulau Pinang 3 – 0, 12 September lalu.

Kejayaan terbabit dianggap manis kerana ia diraih ke gelanggang keramat pasukan pulau mutiara, Stadium Bandaraya.

“Kemenangan hadir hasil kerjasama berpasukan mantap, prestasi semasa pemain meningkat dan percaturan jurulatih yang menjadi.

pkns 2“Ia adalah landasan terbaik dalam memulakan saingan bagi Piala Malaysia,” kata Pengurus PKNS FC, Mahfizul Rasydin Abdul Rashid kepada Selangor Kini.

Secara keseluruhan, beliau berkata, pengurusan berpuas hati dengan persembahan bersemangat pemain untuk mengutip tiga mata berharga dan PKNS FC akan lebih bersedia menghadapi perlawanan seterusnya kerana saingan dalam kumpulan D masih terbuka untuk semua pasukan.

“Perlawanan selepas ini pasti sukar terutama berhadapan juara bertahan, Pahang, 19 September ini,” katanya.

PKNS FC memulakan perlawanan dengan berhati-hati bagi mengekang asakan tuan rumah yang melancarkan serangan dari awal dan gol awal dicari terhasil pada minit ke 17 menerusi Mohd Nazrin Syamsul Bahri.

Pemain import, Gabriel Guerra, mengukuhkan pasukan pelawat dengan gol kedua seminit selepas itu.

Hasrat Pulau Pinang untuk bangkit terjejas apabila Hilton Moreira dilayangkan kad merah pada minit ke 21 separuh masa pertama.

Gol ketiga PKNS FC dihasilkan Mohd Nizam Abu Bakar (m54) separuh masa kedua dan kekal hingga tamat perlawanan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.