Categories
NASIONAL

Jerebu: Lima negeri diarah tutup sekolah esok

SHAH ALAM, 27 SEP: Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sri Aman juga Samarahan, Sarawak diarahkan tutup, pada 28 September ini (esok).

Memetik Astro Awani, Kementerian Pedidikan dalam satu kenyataa, berkata arahan penutupan sekolah dikeluarkan ekoran keadaan jerebu di beberapa negeri dan kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dan sangat tidak sihat, hari ini.

Jerebu-Shah-AlamKatanya, jabatan pendidikan negeri dan daerah diarah memaklumkan pihak sekolah serta ibu bapa berhubung penutupan ini pada kadar segera, manakala pengumuman itu dibuat berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara.

Sementara itu, keadaan jerebu di seluruh negara setakat jam 12.00 tengah hari tidak menunjukkan perubahan dengan lima kawasan sekitar Lembah Klang mencatatkan IPU sangat tidak sihat.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Shah Alam mencatatkan bacaan 275, Pelabuhan Klang (245), Batu Muda (253), Putrajaya (207) dan Petaling Jaya (223).

JerebuManakala, 12 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 27 pula sederhana dan tujuh sahaja berkeadaan baik.

IPU antara 0 dan 50 dikategori baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 adalah tidak sihat, 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat dan 300 ke atas adalah berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.