Categories
SELANGOR

Jerebu tak banyak berubah, Sumatera umum bencana

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 15 SEP: Keadaan jerebu pada sebelah petang tidak menunjukkan banyak perubahan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini masih mencatatkan bacaan tidak sihat di beberapa tempat di Selangor.

Exco Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong, berkata sehingga kini di Banting mencatatkan bacaan IPU 170, Pelabuhan Klang – 162 dan kebanyakkan daerah lain masih mencatatkan bacaan 150.

jerebu-masjid1“Elak aktiviti luar tetapi kalau terpaksa gunakan topeng muka yang sesuai bagi mengelak batuk, sakit tekak dan sebagainya,” kata Elizabeth ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.

Ketika menyentuh kebakaran hutan di Sumatera, Elizabeth memberitahu, pemerintah di Sumatera sudah mengisytiharkan tahap bencana kepada penduduk di sana.

“Keadaan jerebu di Pantai Barat Semenanjung berterusan selagi api di Sumatera tak dapat dipadamkan dan ini menyebabkan kita tak dapat nak jangka bilakah jerebu berakhir kerana bergantung kepada faktor angin dan usaha pemadaman api di Sumatera,” kata Elizabeth lagi.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan mengumumkan pada lewat malam tadi, 2,045 sekolah di lima negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup hari ini kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menghampiri tahap sangat tidak sihat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.