Categories
NASIONAL

Jika kesihatan Anwar terjejas, PM dan TPM bertanggungjawab

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 18 SEP: Kerajaan Persekutuan perlu bertanggungjawab jika didapati keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin serius ekoran lewat menjalani pembedahan.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata isu rawatan terhadap bekas ketua pembangkang itu sudah berlarutan sejak sekian lama, namun tiada tindakan susulan.

“Kerajaan Persekutuan harus bertanggungjawab untuk memastikan hak asasi seseorang yang berada dalam penjara diberikan sewajarnya.

MB Azmin“Isu rawatan adalah isu besar yang sudah berlarutan terlalu lama. Saya kira perdana menteri serta timbalannya perlu bertanggungjawab jika keadaan kesihatan beliau lebih serius,” katanya, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar berharap Kerajaan Negeri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada Anwar termasuk membawa beliau ke hospital untuk mendapat pandangan berhubung kesihatannya.

Kelewatan Kerajaan Persekutuan membenarkan Anwar melakukan pembedahan kerana kecederaan bahu menyebabkan anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar terpaksa terbang ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan sokongan bagi tujuan itu.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, tindakan itu diambil berikutan saranan panel doktor yang merawat Anwar supaya pembedahan segera dilakukan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.