Categories
NASIONAL

PKR terus inklusif, kekal kerjasama baik

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 18 SEP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus bersikap inklusif tanpa menyisihkan pihak yang ingin melakukan perubahan terhadap negara.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata ia bertujuan menjaga keharmonian dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) dengan mewujudkan kerjasama baik antara semua pihak.

MB Azmin“Tidak mudah menguruskan muafakat politik, tetapi PKR daripada awal mewujudkan kerjasama dengan semua parti yang mahu melakukan perubahan dan komited dengan agenda perubahan.

“Jika ada perbezaan pandangan, saya yakin kepimpinan yang ada boleh berbincang untuk mencari penyelesaian demi kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lembu Korban sempena Hari Raya Aidiladha di Bangunan Sultan Idris Shah, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar, berkata PKR akan terus mengadakan perbincangan bersama parti komponen lain supaya isu yang timbul dapat diselesaikan dan menyambut baik komitmen bagi mewujudkan agenda bersama Pakatan.

“Tidak rugi kalau PKR mengetuai rundingan itu supaya diwujudkan keharmonian dan kerjasama yang baik dengan semua pihak. Kita bersedia untuk berbincang dengan semua pihak yang mahukan perubahan dalam negara,” katanya.

pakatanPada masa sama, beliau turut menafikan tidak menyokong Parti Amanah Negara (Amanah) ekoran tidak hadir ke majlis pelancaran parti itu.

Beliau berkata, beberapa siri perbincangan sudah dilakukan bersama pimpinan Amanah untuk memastikan wujud persefahaman dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya tidak datang bukan isu kerana sentiasa memastikan hubungan rapat bersama PAS, DAP dan Amanah dikekalkan. Kita juga bukan hendak jadi orang tengah, cuma PKR hanya menyambut baik kerjasama dengan semua pihak yang mahu melakukan perubahan kepada negara,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.