Categories
NASIONAL

Kerajaan Persekutuan patut tumpu martabat pendidikan Islam

Oleh : AFEEQA AFEERA

SERDANG, 20 SEP : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyelar sikap tidak acuh Kerajaan Persekutuan dalam memartabatkan pendidikan Islam di negara ini.

Presidennya, Amidi Abd Manan, berkata pengajian Jawi, al-Quran dan Fardhu Ain beransur-ansur dilupuskan di peringkat sekolah menengah dengan alasan kekurangan peruntukan kewangan.

TAHFIZKatanya tindakan itu sekaligus menunjukkan Kerajaan Persekutuan tidak serius dalam hal pendidikan khususnya membabitkan aliran Islam.

“Jika kita boleh mendapatkan wang yang besar bagi dana politik kononnya, menggunakan wang simpanan Tabung Haji bagi pengukuhan ekonomi Islam kononnya, di manakah peruntukan, dana dan sumbangan untuk pendidikan Islam itu sendiri?

“Pendidikan adalah keutamaan melahirkan generasi muda berkualiti pada masa hadapan, di manakah keseriusan kerajaan dalam hal ini?” soalnya ketika menyampaikan ucapan pada Seminar Ilmuwan 2015 di Dewan Bankuet Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.

Pada masa sama, Amidi berkata pihaknya memberi perhatian terhadap gerakan yang cuba mengembalikan pendidikan aliran Inggeris hingga mengenepikan pendidikan Islam.

“Dalam kita berjuang mamartabatkan pendidikan Islam, ada golongan bertungkus-lumus mahu mengembalikan pendidikan aliran Inggeris sebagai keutamaan.

“Perjuangan sekelumit rakyat ini tidak boleh dipandang ringan kerana kelihatan ada riak daripada kecenderungan pemimpin atasan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.