Categories
SELANGOR

Komitmen gandakan golongan menengah

Oleh: NAEEM RAFFI

SEJAJAR dengan konsep Peduli Rakyat, Kerajaan Selangor tampil dengan program HIJRAH yang secara khusus membesarkan lagi golongan kelas menengah dalam kalangan peniaga kecil negeri itu.

Melalui suntikan peruntukan RM100 juta daripada Kerajaan Negeri pimpinan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali membuka peluang peniaga membuat pinjaman sehingga RM50,000.

“HIJRAH diperkasakan melalui Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR). Kerajaan Negeri menaikkan siling peruntukan bagi dua dana ini kepada RM100 juta berbanding hanya RM70 juta sebelum ini,” katanya.

program-hijrahTanpa prosuder yang rumit, proses bayaran pinjaman juga mesra, bahkan tidak membebankan peminjam tidak seperti organisasi kewangan lain.

Pendekatan Kerajaan Negeri sama sekali berbeza dengan Kerajaan Persekutuan yang menyantuni rakyat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Ternyata, BR1M gagal mendidik rakyat berdikari jauh sekali membantu rakyat memula mahupun memperkembang perniagaan dan HIJRAH bukan sekadar memberi beri ikan, bahkan umpan serta joran untuk kelangsungan kehidupan yang lebih terjamin selain mendidik masyarakat berdikari.

Ia muncul sebagai institusi tunggal setakat ini yang menawarkan pinjaman, tabungan dan pelaburan dalam satu urus niaga selain menawarkan beberapa perkhidmatan lain.

Program Hijrah“HIJRAH mengupayakan golongan peniaga kecil yang tidak mempunyai modal menceburkan diri dalam keusahawanan bagi mendepani suasana ekonomi getir. Objektif penubuhannya juga memberi fokus membangunkan usahawan kecil bagi membasmi barah kemiskinan di Selangor,” kata Mohamed Azmin.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor mensasarkan 56,000 peserta dari 56 DUN bakal menerima manfaat itu menjelang 2017.

Bagaimanapun, statistik penyertaan yang diterima Selangor Kini daripada pengurusan HIJRAH mendapati program itu mendapat sambutan hebat.

Apa yang diharapkan, ribuan peminjam HIJRAH berjaya berganjak ke kelas menengah dalam tempoh beberapa tahun lagi hasil kejayaan perniagaan mereka daripada modal yang disuntik Kerajaan Negeri.

-NFN-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.