Categories
SELANGOR

Kualiti udara Selangor ditahap baik

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 SEP: Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi lima kawasan di Selangor berada dalam keadaan baik.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Banting mencatatkan bacaan 36, Kuala Selangor (18), Pelabuhan Klang (39), Petaling Jaya (29) dan Shah Alam (29) setakat 10 pagi tadi.

IPU JEREBUKualiti udara di Selangor menurun keparas yang baik setelah mengalami jerebu minggu lalu ekoran pembakaran hutan secara meluas di Indonesia.

Bagaimanapun, keadaan berjerebu di Kuching, Samarahan dan Sri Aman bertambah serius apabila bacaan IPU di tiga kawasan itu naik dengan ketara pagi ini berbanding malam tadi.

Bacaan menunjukkan Kuching (146), Samarahan (171) dan Sri Aman (148) sekaligus menunjukkan kualiti udara di tiga kawasan tersebut masih tidak sihat.

Lapan kawasan lain di Sarawak pula mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu 51 hingga 100 manakala di Sandakan, Sabah mencatatkan bacaan baik iaitu 46 dan tiga lagi kawasan di negeri itu merekodkan kualiti udara sederhana.

Manakala 12 kawasan di semua negeri lain mencatatkan IPU sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai kualiti udara baik, manakala 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.