Categories
NASIONAL

Lima jemaah Malaysia nahas kren tumbang selamat dikebumikan

SHAH ALAM, 16 SEP: Tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada Jumaat lepas, lima jemaah Malaysia telah selamat dikebumi hari ini, pagi tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, semua jenazah yang sebelum ini ditempatkan di rumah mayat untuk proses pengecaman kemudian dibawa ke Masjidil Haram untuk disolatkan.

“Kesemua jenazah tersebut sebelum ini ditempatkan di rumah mayat Muaissem di Mina sebelum dikebumikan di syara’ik di Tanah Haram,” katanya dipetik Sinar Harian.

Lima jemaah Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi itu adalah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak; Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan; dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor.

Katanya, manakala dua jemaah haji yang masih hilang dalam kejadian yang mengorbankan lebih 100 nyawa itu ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah dan Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah.

“Tabung Haji menerusi kerjasama dengan Muassasah Asia Tenggara masih berusaha mengesan dua lagi jemaah haji Malaysia yang masih hilang dalam tragedi kren tumbang itu,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.