Categories
SELANGOR

Mangsa kebakaran Pulau Ketam dibantu

SHAH ALAM 14 SEP: Kerajaan Negeri bersama Unit Bencana, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bomba hari ini menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Pulau Ketam.

Sumbangan itu diserahkan Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi kepada mangsa bersama Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali.

bantuanTiga buah rumah hangus terbakar Sabtu lalu dan menyebabkan mereka terpaksa tinggal di rumah saudara-mara masing-masing.

Selain sumbangan kewangan, sumbangan barangan seperti barangan keperluan dapur, tikar, bantal, toto dan lain-lain.

Kerajaan Negeri turut menyampaikan Mask khas kepada sukarelawan bomba di sana bagi kegunaan mereka.

Face Mask jerebu turut diedarkan kepada penduduk bagi berhadapan situasi cuaca tidak menentu itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.