Categories
SELANGOR

MB: Setahun yang manis dan pahit

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 23 SEP: Sokongan kuat daripada pimpinan Exco dan penjawat awam menjadi dorongan kepada Mohamed Azmin Ali melaksanakan tugas sebagai Dato’ Menteri Besar.

Beliau berkata, pelbagai pahit dan manis dalam mentadbir negeri dirasai termasuk pengurusan ekonomi secara berhemah sepanjang setahun memegang jawatan itu.

“Pelbagai rangka pelan pembangunan sosial dan ekonomi dilaksanakan untuk rakyat. Jumlah rizab negeri juga kukuh.

MB Azmin“Belanjawan defisit bertukar menjadi berimbang tahun ini. Ia adalah pencapaian bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, ia juga mendidik beliau dan pasukannya untuk sentiasa mengambil langkah baru yang proaktif selaras hab pelaburan global.

“Saya bersyukur dalam setahun ini, banyak pengalaman diperoleh contohnya pelbagai inisiatif dilaksanakan dan diperbaiki. Antaranya, penyediaan Rumah Mampu Milik (RMM).

“Banyak kita sediakan termasuk skim pembiayaan kepada pembeli yang ditolak membuat pinjaman.

“Begitu juga dengan Mikrokredit Hijrah. Kita juga mengambil banyak langkah menyediakan biasiswa pendidikan bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.