Categories
SELANGOR

MBSA semarak program gaya hidup sihat

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 21 SEP: Seramai 150 peserta menyertai Kayuhan Santai Shah Alam Edisi Ke-3 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 19 September lalu.

Peserta dari kalangan Ahli Kelab Basikal Shah Alam (KELAS) dan warga Shah Alam merestasi trek kayuhan sepanjang 25KM mengelilingi pusat bandaraya melalui tiga ‘checkpoint’ iaitu di Hentian Bas Kompleks Belia Seksyen 7, Seksyen 16 dan Pangsapuri Suri Puteri Seksyen 20.

MBSA KAYUHPelepasan disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha MBSA, Rosli Bakar manakala Timbalan Datuk Bandar MBSA, Shukri Mohamad Hamin, Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah-Pengarah Jabatan MBSA turut serta dalam acara itu.

Pegawai Komunikasi Korporatnya, Shahrin Ahmad, berkata MBSA akan terus menganjurkan pelbagai program gaya hidup sihat yang kini mendapat sambutan dan permintaan tinggi dari warga kota.

“Program ini sinonim dengan aktiviti sukan di Shah Alam dan ia merupakan antara aktiviti riadah yang menjadi kegemaran warga kota di sini.

“MBSA juga akan terus memperkasakan program gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian dengan mengadakan pelbagai aktiviti sukan pilihan golongan belia masa kini,” katanya dalam kenyataan.

 

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.