Categories
SELANGOR

MPK rai semarak Bulan Kemerdekaan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 21 SEP: Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta muncul johan bagi Pertandingan Sudut Patriotik Antara Jabatan sempena Bulan Kemerdekaan 2015 peringkat Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Ketua Komunikasi Korporat, Norfiza Mahfiz, berkata pertandingan yang julung kali diadakan itu menerima sambutan menggalakkan dalam usaha MPK meningkatkan semangat patriotik dan menyemai kecintaan terhadap negara.

kemerdekaan 2“Tempat kedua pula dimenangi Jabatan Khidmat Pengurusan manakala Jabatan Perancang Bandar meraih tempat ketiga bagi kategori itu.

“Setiap jabatan diberi tempoh masa selama dua minggu untuk menyiapkan sudut patriotik masing-masing,” katanya.

Sementara itu, katanya, Nur Zawani Yusof dari Jabatan Undang-Undang memenangi pertandingan Poster Kemerdekaan dan membawa pulang wang tunai RM300 beserta sijil dan piala.

Manakala Siti Aslinda Omar juga dari Jabatan Undang-Undang memenangi tempat kedua dengan membawa pulang wang tunai RM200 berserta sijil dan piala dan tempat ketiga pula diraih dari Jabatan Korporat dan Kemasyarakatan, Nor Fareeza Mohd Jajuli.

“Selain itu, program ini juga menjadi landasan kepada seluruh warga MPK untuk membuktikan taat setia serta meluahkan semangat kecintaan untuk negara melalui kreativiti masing-masing mengikut kategori dipertandingkan,” katanya.

Hadiah kemenangan disampaikan Pemangku Yang Di Pertua MPK, Ahmad Khairi Md Yusof dan turut dihadiri oleh Pemangku Setiausaha, Zahrin Md Nasir, ketua-ketua jabatan, pegawai dan kakitangan terlibat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.