Categories
SELANGOR

MPSJ caj sewa dewan serendah RM14

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 SEP: Penduduk sekitar Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) boleh menggunakan empat dewan serbaguna baru lengkap dengan kemudahan awam pada harga berpatutan.

Pegawai Komunikasi Korporatnya, Muhammad Azli Miswan, berkata dewan terbabit disediakan sebagai tambahan kepada dewan sedia ada selain memberi perkhidmatan terbaik kepada warga MPSJ.

“Kadar sewa dikenakan juga adalah berbeza mengikut majlis dan tarikh sama ada hari biasa atau cuti umum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SEWA DEWAN MPSJEmpat dewan berkenaan ialah Dewan Serbaguna MPSJ Batu Tiga (Taman Batu Tiga), Dewan Serbaguna MPSJ Bukit Puchong (Bandar Bukit Puchong), Dewan Serbaguna MPSJ Bukit Serdang Seksyen 13 (The Sanderson) dan Dewan Serbaguna MPSJ Jalan Perindustrian PP2 (Fine Leather).

Kadar sewaan gelangang badminton dan sepak takraw dicaj serendah RM14 bagi hari biasa sementara RM18 pada cuti umum tidak termasuk caj cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Bagi penganjuran majlis perkahwinan pula dicaj antara RM600 hingga RM1050 (hari biasa) atau RM1,000 hingga RM1750 (cuti umum) tidak termasuk caj GST.

Maklumat lanjut berkaitan kadar sewaan dan tempahan boleh dibuat Kaunter Bersepadu MPSJ di aras 1, Bangunan MPSJ.

Mereka juga boleh membuat tempahan secara online di laman web MPSJ, www.mpsj.gov.my.

Bagaimanapun untuk majlis perkahwinan, pengguna perlu membuat tempahan secara manual lebih awal iaitu enam bulan sebelum tarikh majlis berlangsung.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.