Categories
NASIONAL

Najib berdepan siasatan di Amerika

SHAH ALAM 22 SEP: The New York Times (NYT) melaporkan Badan kehakiman Amerika Syarikat (AS) menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke atas pembelian hartanah di sana oleh anak tirinya, Riza Aziz dan ahli perniagaan, Low Taek Jho.

NYT memetik sumber tanpa nama menyatakan unit di Jabatan Kehakiman AS sedang menyiasat kes rasuah antarabangsa itu.

Siasatan itu memberi tumpuan kepada pembelian hartanah di AS sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang dilakukan ‘syarikat bayangan’.

NEW YORKNYT juga melaporkan selain pembelian hartanah, siasatan rasuah itu juga melihat dakwaan AS$681 juta iaitu sebahagian dari RM2.6 bilion didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib – pertama kali dilaporkanThe Wall Street Journal (WSJ) dan kemudiannya disahkan pihak berkuasa anti-rasuah Malaysia sebagai ‘derma politik’.

Pemindahan dana adalah di bawah bidang kuasa AS kerana ia melalui bank Amerika Wells Fargo, kata akhbar itu.

NYT berkata, ia cuba mendapatkan maklum balas daripada beberapa individu dan syarikat yang disebut dalam laporan itu tetapi semuanya enggan mengulas.

Seorang peguam bagi Cricklewood enggan mengulas, manakala Loo tidak memberi respons kepada nota yang ditinggalkan di kondominium beliau.

Wakil Riza dan Low bagaimanapun memberitahu akhbar itu mereka tidak terbabit dalam sebarang urusan jual beli tidak sepatutnya.

NYT berkata, Najib bersiap sedia untuk berlepas ke London minggu ini bagi konvensyen perdagangan dan dijangka ke New York selepas itu untuk Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.