Categories
KENYATAAN MEDIA

Najib hanya pentingkan kerjaya politik peribadi

Oleh: Nik Nazmi Nik Ahmad

Ucapan Perdana Menteri Najib Razak baru-baru ini kepada Persatuan Silat Negara, yang mempertahankan sikap perkauman yang memalukan “Perhimpunan Baju Merah” di Kuala Lumpur pada 16 September 2015 jelas membuktikan bahawa dia langsung tidak mempedulikan tugasnya sebagai pemimpin demi menyelamatkan kerjaya politik peribadinya.

Pemimpin tidak bolehlah semudah-mudahnya tunduk pada tekanan sesetengah pihak. Ini kerana mereka mempunyai tanggungjawab untuk membuatkan setiap rakyat berasa selamat dan sejahtera.

BAJU MERAH (2)Kenyataan Najib bahawa perhimpunan baju merah tersebut adalah demi mempertahankan maruah Melayu bukan sahaja mengambing hitamkan golongan bukan Melayu, malah ia merupakan suatu penghinaan kepada kaum Melayu. Ia tidak menggambarkan Islam sebagai ‘rahmatan lil alamin’ – rahmat kepada sekalian alam.

Walau apa sekalipun, sebenarnya tindak tanduk beliau serta kegagalan kerajaan yang telah mencalarkan reputasi Melayu, bukan sahaja di dalam negara, tetapi juga di peringkat global.

Ahli-ahli “sederhana” UMNO, seperti Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin haruslah menyatakan pendirian di dalam hal ini, sama ada mereka setuju dengan pendapat Perdana Menteri.

Kesemua masyarakat Melayu tidak kira di mana haruslah sedar bahawa Najib hanya mementingkan diri.

Mereka haruslah sedar bahawa masa depan agama, bangsa dan negara, tidak seharusnya disandarkan pada cita-cita seorang opportunis politik, tetap pada penyatuan setiap masyarakat Malaysia. Hanya itulah yang mampu menggerakkan kita maju ke hadapan.

Setiap rakyat Malaysia juga mestilah menolak politik kotor untuk menakut-nakutkan kita, dan mengamati perubahan politik yang positif kepada negara.

Kita tidak boleh terus tunduk tatkala keadaan sebegini.

* Nik Nazmi Nik Ahmad adalah Ketua AMK Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.