Categories
NASIONAL

Naturalisasi pemain pelan jangka pendek perkuat Harimau Malaya

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 19 SEP: Editor Sukan, Rizal Hashim menegaskan beliau mempertahankan cadangan naturalisasi pemain dikemukakannya sebelum ini kerana melihat perkembangan bola sepak negara masih belum berubah sejak sekian lama.

Katanya, ekosistem liga Malaysia masih belum cukup mantap dalam membangunkan pemain berkualiti memaksa beliau mengetengahkan kembali cadangan jangka pendek yang pernah beliau lontarkan pada 2006.

“Sekarang mungkin orang melihat Ultras Malaysia sebagai kumpulan pendesak. Dahulunya media bertindak sebagai kumpulan pendesak.

Rizal“Setelah melihat pasukan bola sepak untuk beberapa tahun kita masih berada di takuk sama.

“Apakah kita harus berpuas hati melihat ekosistem yang sama, melahirkan pemain dan keputusan sama? Sampai bila kita mahu melihat situasi itu berterusan?

“Sebab itu dicadang naturilasasi pemain dan pernah dibincangkan di Parlimen tetapi kebanyakkanya menolak, Presiden FAM juga menolak.

“Jika kita tidak berikan peluang kepada idea-idea lain untuk memperkasakan pasukan untuk jangka masa pendek, kita terpaksa berpuas hati dengan keputusan yang ada sekarang,” katanya dalam forum ‘Hala Tuju Bola Sepak Malaysia: Apa Kata Mereka?’ di Dewan Melati Seksyen 7 semalam.

Tampil selaku panel dalam forum anjuran Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) beliau memberikan contoh beberapa beberapa negara yang pernah mengambil tindakan naturalisasi pemain seperti pasukan Indonesia, Jepun dan Singapura.

bolaKatanya, Malaysia ketika dahulu berpeluang melakukan tindakan sedemikian disaat pemain import Negeri Sembilan, Christian Bekamenga Bekamengo belum menyarung jersi skuad kebangsaan Cameroon.

Namun akhirnya, Bekamenga mengambil keputusan mewakili pasukan kebangsaan negaranya dan beraksi di Sukan Olimpik 2006.

Jelasnya, bakat muda berumur 7 hingga 19 tahun merupakan lingkungan umur penting untuk dibangunkan sebagai pemain bola sepak dan pelan pembangunan bola sepak (NFDP) merupakan cadangan baik untuk diketengahkan.

“Peringkat umur 17 hingga 19 ini penting kerana mereka melalui transisi peringkat daripada junior kepada senior tetapi kita akan serahkan produk NFDP kepada persatuan negeri. Kita tahu selama ini persatuan negeri tidak menghasilkan pemain berkaliber mewakili pasukan kebangsaan.

“Kita tengok produk negeri bergantung kepada produk sekolah bukannya bergantung kepada produk kelab (bola sepak),” katanya.

Sebelum itu, negara pernah melahirkan pemain muda berkualiti di peringkat akademi seperti Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Norhafiz Zamani Misbah, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abd Razak.
EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.