Oleh: SYASYA SUFIAN
SHAH ALAM, 25 SEP: Kapasiti air di beberapa empangan sekitar Selangor berada pada tahap baik dan memuaskan walaupun keadaan cuaca yang berubah tidak sihat akibat jerebu.
Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), takungan air di empangan Sungai Selangor berada ditahap konsisten apabila berada di paras 75.74 peratus dengan 174.21 juta meter padu.
Bagi Empangan Batu, ia mencatat kadar takungan 51.72 peratus, manakala Klang Gates berada ditahap memuaskan 86.15 peratus iaitu 21.83 juta meter padu.
Sementara Kolam Takungan Sungai Labu pula mencatatkan 83.22 peratus pada kadar 7.52 juta meter padu dan empangan Langat 37.23 peratus iaitu 12.69 juta meter padu.
Selain itu, empangan Semenyih 48.17 juta meter padu (83.24 peratus), empangan Sungai Tinggi pula 79.06 juta meter padu (69.05 peratus) dan empangan Tasik Subang pula 4.1 juta meter padu (99.17 peratus).
EZY