Categories
SELANGOR

PEKAWANIS rai 150 pegawai & ketua jabatan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 SEP: Kira-kira 150 pegawai dan Ketua Jabatan wanita Kerajaan Negeri dirai dalam majlis ramah mesra di Kediaman Rasmi Menteri Besar.

Program anjuran Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) turut dihadiri oleh isteri-isteri Adun Selangor.

Program PEKAWANIS (5)Pengerusi PEKAWANIS, Shamshida Taharin menyarankan setiap kakitangan sentiasa maju ke hadapan dengan idea baru supaya Selangor terus menjadi negeri cemerlang.

“Kita di Selangor ada kelebihan, berada di negeri yang maju. Jadi perlu sentiasa ke hadapan.

“Kakitangan juga perlu berkomunikasi dengan baik sesama jabatan.

“Paling penting, kurangkan gosip. Kita perlu laksanakan tugas secara bertanggungjawab,” katanya dalam ucapannya di sini.

Shamshida turut mengalu-alukan mana-mana jabatan yang mahu bekerjasama dengan PEKAWANIS dalam pelbagai aktiviti.

“Kita mahu menjalinkan kerjasama. PEKAWANIS banyak lakukan pelbagai kerja kebajikan, jadi kita alu-alukan kerjasama,” katanya.

Selain itu, mereka turut diraikan oleh Penyanyi, Aishah.

Hadir sama Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Ali.

Turut hadir Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali dan Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.