Categories
SELANGOR

Pelantikan Pegawai Integriti MBPJ langkah kekang rasuah & salah laku

Oleh: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 30 SEP: Langkah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melantik Ketua Pegawai Integriti (CeIO) bagi mewujudkan pentadbiran telus dan bebas rasuah disambut baik pelbagai pihak di bandaraya itu.

Bagaimanapun, Adun Bukit Gasing, R Rajiv, berpandangan ia memerlukan proses reformasi berterusan dan hanya mampu ditafisirkan pada kadar tempoh munasabah.

yb rajiv 2“Tahniah kepada MBPJ kerana melantik seorang CeIO dan jawatan ini berat dengan tanggungjawab besar.

“Saya rasa kita mungkin dapat menilai segalanya selepas enam bulan atau setahun berhubung kewujudan jawatan ini di MBPJ,” katanya kepada Selangor Kini di sini, hari ini.

Katanya, pelaksanaan perkara itu perlu dilihat menyeluruh dan merangkumi semua peringkat termasuk golongan bawahan.

“Harapan saya ialah ingin mendengar cerita daripada bawah iaitu pekedai, peniaga dan sebagainyactiada orang meminta rasuah.

“Itulah sasarannya yang mana kita mahu pentadbiran bersih bukan setakat di atas tetapi di semua lapisan di dalam pentadbiran MBPJ,” katanya.

Najwa MBPJ IntegritiBaru-baru ini, MBPJ melantik akauntan, Noor Najwa Said, 33, sebagai CeIO bagi menangani salah laku, perlakuan jenayah di kalangan kakitangan awam dan aduan salah laku dalam majlis dibuat orang awam.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berpendirian tegas terhadap pembentukan Unit Integriti MBPJ bagi memastikan pentadbiran telus dengan tahap etika tinggi.

Beliau menjelaskan pelantikan Noor Najwa diluluskan Kerajaan Negeri dan berkuatkuasa pada Januari tahun depan di bawah Belanjawan MBPJ 2016.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.